
OXFORD - Makan terlalu banyak makanan segera boleh menyebabkan tahap kecerdasan menurun, menurut satu kajian oleh Universiti Oxford yang disiarkan semalam.
Keputusan kajian itu diperoleh selepas sekumpulan saintis melakukan ujian ke atas tikus di makmal.
Dalam kajian itu, pengambilan makanan seperti burger, kebab dan kentang goreng boleh mengakibatkan memori jangka pendek tikus rosak.
Kajian itu dibiayai oleh Yayasan Jantung Britain.
"Diet Barat secara umumnya mengandungi lemak yang tinggi dan selalu dikaitkan dengan komplikasi jangka panjang seperti obesiti, diabetes dan kegagalan jantung," kata penulis bersama kajian itu, Andrew Murray.
Dia berharap penemuan itu akan membantu orang ramai untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan lemak pada setiap hari. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan